suria

Pujian buat hati tersentuh, Adibah Noor punca Allan Anderson kembali menyanyi

Ciapan yang dibuat Adibah memotivasikannya untuk kembali menyanyi.

SELEPAS lama menyepi, penyanyi asal Indonesia iaitu Allan Anderson mendedahkan Allahyarham Adibah Noor antara penyebab dia kembali aktif dalam bidang seni.

Jelas Allan atau Joan Allan Anderson, 33, dia mendapat motivasi selepas membaca ciapan Adibah yang memuji persembahannya ketika menyertai program The Voice Indonesia pada 2016.

"Saya kecewa selepas gagal di program The Voice dan ambil keputusan untuk berhenti sekejap menyanyi. Saya berkerja sebagai penulis di Shanghai.

Copy of Untitled - 2024-10-05T122031.520

Arwah Adibah memuat naik ciapan berkenaan pada 2018.

"Tetapi ada seorang penyanyi wanita Malaysia, saya lupa namanya. Dia memuat naik semula video persembahan saya di Twitter dan memuji cara nyanyian saya yang penuh dengan penghayatan.

"Saya berasa semangat dan terinspirasi daripada kata-kata dia. Saya cuba mencari orang ini dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada dia sebab berjaya buat saya mempercayai diri saya," katanya kepada mStar.

Allan berkongsi perkara itu ketika persembahan An Evening With Allan Andersn yang berlangsung di Liberal Latte, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Pada awalnya, Allan memberitahu dia tidak mengenali Adibah mahupun mengingati nama arwah ketika ditanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adibah Noor meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa marah saya?” - Putri Ariani tak tahu media tunggu, jawab dakwaan ‘sidai’ wartawan Malaysia 2 jam

Namun berdasarkan carian di aplikasi X, mStar menemui hantaran ciapan tersebut yang dimuat naik arwah Adibah pada 2018.

Ketika diberitahu bahawa arwah Adibah sudah pulang ke Rahmatullah, Allan terkejut dan terpancar sedikit riak kekecewaan pada wajahnya.

Dalam pada itu, Allan memberitahu pujian Adibah telah membuka matanya untuk sentiasa mengutamakan penghayatan dalam setiap nyanyian.

Jelasnya, penghayatan bukanlah teknik yang boleh dipelajari dengan mudah sebaliknya ia perlu wujud secara semula jadi.

Saya berasa semangat dan terinspirasi daripada kata-kata dia.

ALLAN ANDERSN

PENYANYI

"Dan bila saya membaca tweet tersebut, ia buatkan saya sedar perasan sangat penting dalam nyanyian. Sejak itu saya belajar untuk lebih menghayati setiap lagu yang saya nyanyikan.

"Tapi bagi saya menyanyi dari hati itu tak sepatutnya dilatih kerana akan kedengaran dibuat-buat. Ia perlu datang secara semula jadi," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Allan tampil menghiburkan peminat menerusi persembahan An Evening With Allan Andersn In Kuala Lumpur di Liberal Latte, Kuala Lumpur pada 4 dan 5 Oktober ini.

Tidak mahu hanya dikenali menerusi cover lagu Rindu nyanyian Agnes Monica, Allan mengambil peluang ini untuk memperkenalkan bakat dan karya yang lain kepada peminat.

Copy of Untitled - 2024-10-05T122119.325

Allah tampil menghiburkan pemianat pada malam Jumaat.

"Tampil di Kuala Lumpur bukan hanya sebuah kesempatan, tetapi juga penghormatan besar buat saya. Mendapat kepercayaan seperti ini adalah hal yang sangat saya syukuri.

"Meskipun ada mungkin mengenali saya menerusi lagu Rindu, saya tidak terbeban. Sebaliknya, ia menjadi dorongan untuk saya terus memperkenalkan diri dan karya saya yang lain dengan lebih baik.

Allan mendendangkan 10 buah lagu termasuklah single terbaharunya bertajuk Ku Mau Bahagia Juga yang bakal menemui peminat pada 5 Oktober ini di semua platform digital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain