suria

Shila Amzah akhirnya miliki mikrofon peribadi, harganya boleh beli kereta buatan Malaysia

Shila kini memiliki mikrofon peribadi.

SELEPAS hampir 25 tahun membabitkan diri dalam dunia seni, penyanyi Shila Amzah akhirnya berjaya memiliki mikrofon peribadinya sendiri.

Enggan mendedahkan kos mikrofon tersebut, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, sebaliknya mengumpamakan harganya sama dengan sebuah kereta jenama tempatan.

"Mikrofon peribadi saya yang pertama. Nak saya jujur ke harga mikrofon ini berapa? Harganya boleh beli kereta. Harga mikrofon ini boleh dapat kereta Malaysia dan buatan Jepun.

shi1 - 1

Mikrofon milik Shila yang dikatakan berharga seperti nilai kereta buatan Malaysia.

"Kalau kereta Jepun mungkin nilainya boleh dapat kereta terpakai tetapi kalau harga kereta buatan Malaysia boleh dapat yang baru," katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik semula oleh peminatnya di laman TikTok.

Menerusi perkongsian video tersebut, suami Shila iaitu Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, turut berkongsi kegembiraan melihat mikrofon peribadi yang dimiliki oleh isterinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah jadi peserta pilihan ‘Singing With Legends’, terima 150K undian peminat China dalam masa 15 minit

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah terjatuh semasa berjalan di pentas ‘Singing With Legends’, ribuan penonton dalam dewan tergamam

Ubai dilihat teruja membelek mikrofon berwarna ungu itu yang disertakan dengan logo kelab peminat Shila.

Tidak hanya itu, Ubai juga sempat bergurau bertanyakan kepada Shila sekiranya dia menggunakan mikrofon tersebut adakah suaranya akan menjadi lunak untuk didengar.

Untuk info, Shila kini sedang bertanding dalam sebuah program televisyen di China iaitu Singing With Legends musim keenam.

Persembahan Shila di pentas separuh akhir program tersebut berjaya menambat hati penonton dan mencipta rekod tersendiri apabila memperoleh hampir 150,000 jumlah tanda suka di laman Weibo.

Weibo merupakan laman media sosial yang popular di China dan mempunyai fungsi mikroblog sama seperti Facebook, Instagram dan X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain