PELAKON Rita Rudaini terpaksa menanggung kos perubatan anak sulungnya iaitu Airit Rayyan Rizqin yang mengalami patah tangan disebabkan remaja itu tidak mempunyai insurans. Jelas Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, insurans anaknya sebelum ini sudah luput sekitar 13 tahun lalu dipercayai tiada pembayaran premium bulanan dihentikan. “Kos rawatan Rayyan daripada mula patah tangan sampailah buka ‘plate’ Mommy (panggilan Rita) tanggung sendiri, bukan insurans. Rita tanggung kos rawatan Rayyan sendiri tanpa insurans. “Sebelum ini Rayyan ada insurans sejak bayi tapi saya tak pernah guna sebab saya tak pegang. “Insurans itu rupanya sudah luput hampir 13 tahun sebab pembayarnya sudah berhenti bayar,” katanya. Rita berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran Instagram miliknya pada petang Ahad. Dalam pada itu, Rita mendakwa masalah timbul apabila ‘pembayar’ insurans anaknya enggan memberi kerjasama dengan menandatangani dokumen bagi menutup akaun tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Rita Rudaini terima anugerah ‘Ibu Ikon’, banyak bagi inspirasi kepada wanita ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini luah rasa bangga, anak sulung pecah 2 rekod Kejohanan Olahraga MSSD Jelas Rita, keengganan individu tersebut berbuat demikian menyebabkan Rayyan tidak dapat mendaftar polisi insurans baharu di bawah syarikat sama dengannya dan anak bongsu. “Sebelum ini saya ada ambil insurans lain tapi sudah luput ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan selepas itu saya buat keputusan untuk buat baru tapi dengan syarat akaun yang luput 13 tahun itu perlu ditutup terlebih dahulu. “Malangnya manusia yang buka akaun itu tidak mahu bagi kerjasama dengan tandatangan tutup akaun walaupun tanda tangan itu percuma. “Ejen sudah terangkan dan nasihat manusia terbabit... Jadi tak dapatlah nak ambil insurans syarikat sama dengan Mommy dan adik Rayyan,” jelasnya. Insurans itu rupanya sudah luput hampir 13 tahun sebab pembayarnya sudah berhenti bayar. PELAKON RITA RUDAINI Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun untuk mengambil polisi insurans anak-anak hanya boleh dilakukan oleh ibu bapa pemohon. Sementara itu, Rita tetap meluahkan rasa syukur apabila proses pembedahan tangan kanan Rayyan yang patah semasa bermain bola sepak sudah selesai. “Alhamdulillah semuanya sudah selamat. Hampir seminggu Mommy dan adik berumah tangga di hospital. “Terima kasih adik korbankan masa sekolah dan aktiviti bersama Mommy jaga abang Rayyan,” ujarnya. Rita dan Arjuna setia menemani Rayyan di hospital. Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008 namun mereka bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!