PELAKON Sherry Ibrahim meminta aktor Fattah Amin terus kuat demi anak dan keluarganya selepas sah bercerai pada pagi Isnin. Sherry atau Syarizad Ibrahim, 41, berkata, apa yang berlaku ada ujian dan dugaan dan menyifatkan hanya manusia sabar dapat melaluinya dengan tenang. "Kuatkan diri demi Fatima, ibu, ayah dan adik-adik yang sentiasa ada di sisi. Sherry menitipkan pesan buat Fattah untuk terus kuat menghadapi ujian. "Perjalanan hidup ini tidak mudah tapi dengan ketabahan, insya-Allah ia pasti akan membuka jalan untuk masa depan lebih baik," katanya. Sherry berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Isnin. Dalam pada itu, Sherry sempat memberikan nasihat untuk Fattah terus kuat dan bangkit dengan semangat baharu bagi meneruskan kehidupan selepas ini. ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: Mana satu betul? Tuduhan Fazura ditangkis Fattah... Ikuti 5 topik perbalahan hangat beberapa jam selepas cerai "Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan dan bangkit untuk mulakan hidup yang baru. "Terus melangkah ke hadapan dan semoga urusan awak, Abdul Fattah Amin dipermudahkan," ujarnya. Untuk info, Fattah dan Sherry pernah menjalinkan hubungan cinta pada 2014 namun berpisah dua tahun kemudian. Pada pagi Isnin, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dan Fazura sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh kira-kira pukul 9.45 pagi. Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu. Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah pada 13 September lalu di mahkamah sama. Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!