suria

Video Fattah duduk seorang diri di tangga surau tular, peminat luah simpati... “Artis lelaki lain cerai aku tak sedih”

Kelibat Fattah duduk bersendirian di luar surau mencuri perhatian ramai.

TATKALA isu penceraiannya hangat diperkatakan, kelibat pelakon Fattah Amin duduk bersendirian di tangga sebuah surau mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, wanita itu meluahkan rasa simpati melihat keadaan Fattah yang pada saat ini sedang berdepan kemelut rumah tangga.

"Waktu terserempak kat surau ini dia memang tengah ada masalah rumah tangga.

Copy of Untitled - 2024-10-08T112215.842

Netizen bersimpati melihat nasib yang menimpa Fattah.

"Jodoh, ajal, maut...semuanya di tangan Tuhan. Semoga Fattah dan Fazura kuat dengan ujian ini," katanya.

Berserta kapsyen tersebut, individu itu turut memuat naik video rakaman memaparkan Fattah sedang duduk sambil melihat telefon bimbitnya.

Sementara itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersimpati malah ramai menulis kata-kata sokongan buat pelakon itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Curang tuduhan berat, Pekin dedah Fattah selalu sebut rindu isteri dan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Ibrahim minta Fattah Amin terima takdir, kuatkan diri demi anak dan keluarga

"Artis lelaki lain bercerai, aku tak sedih pun tetapi seorang Fattah Amin ini satu Malaysia sedih dan sayang padanya," komen netizen.

Sebelum ini, Fazura secara terbuka mendedahkan sikap curang Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menjadi salah satu punca dia menuntut cerai di mahkamah.

Malah, pelakon itu turut menyebut beberapa faktor lain iaitu isu nafkah dan tiada persefahaman.

2952567

Pasangan ini sah bercerai talak satu pada pagi Isnin.

Untuk info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain