suria

Gibran Agi kembali ke pentas teater, ada sebab menghilang selama 23 tahun

Gibran kembali semula ke pentas selepas 23 tahun. Foto Ihsan UNIT FOTO DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

SELEPAS 23 tahun menyepi, pelakon Gibran Agi akhirnya bakal membintangi teater Di Sebalik Topeng terbitan syarikat milik seniwati Fauziah Ahmad Daud.

Gibran atau Gibran Agi Abdul Ghaffar, berkata, tawaran tersebut dibuat Fauziah secara kebetulan selepas meluahkan hasrat kembali semula ke pentas teater.

Kata Gibran, dia merindui pengalaman beraksi di pentas teater dan berharap dapat memberikan lakonan terbaik dalam Di Sebalik Topeng.

gib2 - 1

Gibran gementar untuk beraksi semula di pentas teater.

"Tahun depan saya ada perancangan untuk mementaskan naskhah saya sendiri cuma kebetulan kak Ogy ajak saya berlakon teater ini. Saya rasa naskhah ini boleh digarap menjadi teater yang menarik.

"Proses latihan itu sangat menyeronokkan dan tak dapat dibeli pengalaman kecuali dalam proses pembikinan sesuatu teater.

"Itu yang saya sangat rindukan. Saya harap kami sebagai pelakon memberikan yang terbaik untuk hasilkan sebuah teater benar-benar menarik," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kagum bakat pelapis baharu, Azhan Rani tak kekok berlakon teater arahan bekas pelajar - “Sekarang kena ikut kehendak mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran pelakon teater lebih rendah berbanding artis popular, Juhara Ayob minta generasi baharu fikir positif

Dalam pada itu, Gibran turut meluahkan rasa gementar untuk membuat kemunculan semula menerusi pementasan teater tersebut.

Kongsi pelakon filem Paloh itu, sebelum ini dia seperti sudah tidak ada jiwa untuk berlakon selain berdepan dengan kekangan masa.

"Sebenarnya saya ada juga rasa gelabah sebab dah lama tak berlakon. Kali terakhir saya berlakon teater lebih kurang 23 tahun lalu.

"Ramai juga bertanya kenapa sudah lama tak berlakon. Sebenarnya saya rasa seperti sudah tidak ada rasa nak berlakon. Bila rasa nak berlakon ada, masa pula tiada," ujarnya.

gib1 - 1

Ogy menawarkan Gibran untuk kembali berlakon teater.

Dalam perkembangan lain, teater Di Sebalik Topeng akan dipentaskan pada 19 dan 20 Oktober ini di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Menara DBP.

Teater ini dibawakan dengan kerjasama DBP serta mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Di Sebalik Topeng bakal membawa penonton menyelami kisah seorang wanita bergelut dengan masalah kesihatan mental sehingga mendapati dirinya terperangkap dalam konflik emosi yang mendalam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain