PENGUMUMAN lagu duet Nur Fazura dan Fattah Amin berjudul Bertahan Demi Cinta tidak membuatkan peminat teruja sebaliknya ramai meluahkan rasa kurang senang mengenainya. Apatah lagi, ia dibuat ketika isu penceraian pasangan pelakon itu masih hangat diperkatakan pada Isnin lalu. Menerusi ruang komen Instagram syarikat rakaman Indonesia iaitu Hits Records, ramai menganggap pihak berkenaan mengambil kesempatan atas isu membabitkan mereka berdua. Ramai yang kurang senang dengan pelancaran lagu ini. "Perkara bodoh dengan melancarkan single apabila mereka bercerai. Fattah dan pengurusannya pun tak tahu mengenainya. "Lagu macam tak kena dengan situasi sekarang," antara komen netizen. Tidak kurang juga ada menuduh isu penceraian mereka sebagai satu gimik untuk melancarkan lagu baharu ini. ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: Mana satu betul? Tuduhan Fazura ditangkis Fattah... Ikuti 5 topik perbalahan hangat beberapa jam selepas cerai Difahamkan lagu tersebut sudah lama dirakamkan Fazura dan Fattah dan pernah dijadikan runut bunyi (OST) drama Hero Seorang Cinderella 2. Drama lakonan Fattah dan Fazura itu ditayangkan di saluran Astro Ria pada Mac lalu. Sementara itu, wakil pengurusan kedua-dua pihak memenegaskan mereka tidak tahu akan perancangan Hits Records untuk melancarkan lagu tersebut pada 10 Oktober ini. Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu. Malah pengurus Fazura iaitu Iman Tang juga menegaskan ia seperti tidak menghormati Fazura yang sedang memalui waktu sukar. Untuk rekod, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin. Hasil perkahwinan selama tujuh tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya, 4. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!