PELAKON Mona Allen tampil membidas tuduhan seorang pengikut media sosial melabel suaminya iaitu aktor Pekin Ibrahim sebagai batu api apabila cuba masuk campur dalam hal rakan artis lain. Jelas Mona atau Muna Hafiraneza Allen, 39, apa diperkatakan Pekin tentang pelakon Fattah Amin bukanlah sesuatu yang buruk dan sekadar berkongsi pandangan peribadi. "Apa yang batu api? Bukankah dalam Islam kita harus berkata yang baik-baik sahaja. Apa yang suami saya katakan tentang Fattah, adakah satu penghinaan? Mona balas kenyataan seorang pengikut media sosial. "Kita tidak tidur sebantal dengan mereka. Tapi bila seorang itu nampak dan ingin kongsi melalui POV (point of view) dia, siapa kita untuk menilai?" katanya. Mona menulis perkara tersebut di Instastory miliknya membalas satu mesej yang diterima meminta dia menasihati Pekin supaya tidak campur tangan urusan penceraian Fattah dan bekas isteri iaitu Nur Fazura. Individu tersebut juga menganggap Pekin lebih menyebelahi Fattah memandangkan mereka pernah bekerjasama di set penggambaran sebuah filem. ARTIKEL BERKAITAN: Curang tuduhan berat, Pekin dedah Fattah selalu sebut rindu isteri dan anak ARTIKEL BERKAITAN: Mana satu betul? Tuduhan Fazura ditangkis Fattah... Ikuti 5 topik perbalahan hangat beberapa jam selepas cerai Tambah Mona setiap individu ada pendapat sendiri dan dia bukannya penasihat kepada Pekin untuk menyampaikan luahan dalam mesej berkenaan. "Tak payah nak mesej, komen bersungguh-sungguh sebab kami tak kisah masalah mereka. Biarlah mereka selesaikan. "Saya bukan penasihat suami. Biarlah dia nak tulis apa," luahnya. Fazura dakwa Fattah curang ketika mereka masih suami isteri. Terdahulu Pekin dalam satu perkongsian menganggap tuduhan Fattah berlaku curang sehingga berlaku perceraian adalah sesuatu yang berat. Malah dia juga memberitahu pelakon berkenaan tidak pernah bercakap tentang wanita lain sebaliknya sentiasa meluahkan rasa merindukan terhadap isteri dan anak. Luahan tersebut dibuat oleh Pekin selepas Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin. Fazura ketika bercakap kepada media ketika itu mendedahkan perbuatan curang Fattah menjadi antara punca dia memfailkan cerai pada 13 September lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!