KEMPEN berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila ahli politik yang juga penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin tersenarai sebagai calon akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36). Pertama kali tercalon, ini juga merupakan pencapaian terbaik Khairy atau mesra disapa KJ yang baru beralih arah dari dunia politik ke bidang penyiaran. Edisi ke-36 ABPBH juga bakal memperlihatkan KJ berentap dengan empat lagi calon bagi merebut trofi Penyampai Radio Popular iaitu Haiza (Kool FM), DJ Sonic (Nasional FM) dan Tyzo (Ikim FM). Antara calon bertanding. Penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahira turut tercalon pada tahun ini. Pengarah ABPBH36 yang juga merangkap Pengarang Kanan Berita Hiburan dan Projek BH iaitu Shamshul Azree Samshir menyifatkan senarai calon akhir kali ini membukti kematangan peminat dalam memilih selebriti kegemaran mereka. "Kita juga teruja menyaksikan artis tidak pernah tercalon di platform ABPBH termasuk yang membuat kemunculan semula bersaing di pentas berprestij ini, selain kemunculan wajah baru seperti Khairy Jamaluddin. ARTIKEL BERKAITAN: Didie Alias, Riena Diana dan Haniff hos ABP... Ini senarai 36 artis terima undian tertinggi ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah iPhone ada makna tersendiri, Keith Foo saksi kepayahan Rienda Diana bergelar anak seni "Apa yang jelas, undian diterima membuktikan kematangan peminat dalam meletakkan artis pujaan termasuk bintang senior pada tahap selayaknya," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar pada Rabu. Shamshul berkongsi perkara itu selepas pihak penganjur mengumumkan senarai akhir lima calon yang mendapat undian tertinggi dalam 16 kategori dipertandingkan tahun ini. Antara artis senior lain yang turut tercalon adalah Eman Manan, Sabri Yunus, Amyza Aznan, Ropie dan kumpulan Senario. Riena, Didie dan Haniff sebagai pengacara ABPBH36. Tidak kurang juga nama-nama selebriti lain yang sudah lama bertapak dalam industri seperti Fasha Sandha, Rita Rudaini, Raja Ema dan Raja Azura. Sementara itu pemenang Anugerah Bintang Popular ke-35 tahun lalu iaitu Bell Ngasri seklai lagi tercalon dalam kategori Artis Komedi Popular. Malam kemuncak ABPBH36 akan bersiaran secara langsung dari Auditorium majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 Oktober. Bertemakan 'Teguh' acara tersebut akan dimeriahkan dengan persembahan barisan artis popular selain gandingan pengacara Didie Alias, Riena Diana dan Haniff Hamzah. Senarai calon ABPBH36 adalah seperti berikut: Artis Baharu Lelaki Popular Danial Kifli Hasif Upin Izuan Razali Putera Muhammad Shah Radhy Artis Baharu Wanita Popular Erysha Emyra Ezzanie Jasny Raden Zaharatul Trisha Ooi Penyanyi Lelaki Popular Amir Masdi Aliff Aziz Haqiem Rusli Hael Husaini Khai Bahar Penyanyi Wanita Popular Adira Suhaimi Aina Abdul Ernie Zakri Siti Nordiana Stacy Aktor Filem Popular Aedy Ashraf Bell Ngasri Pekin Ibrahim Kamal Adli Syafiq Kyle Aktres Filem Popular Amelia Henderson Fasha Sandha Isyariana Janna Nick Uqasha Senrose Aktor Pembantu Filem Popular Alif Hadi Eman Manan Hafiz Nafiah Hisyam Hamid Ropie Aktres Pembantu Filem Popular Daiyan Trisha Harissa Adlynn Nadia Brian Raja Ema Wanna Ali Aktor TV Popular Aedy Ashraf Amir Ahnaf Hun Haqeem Meerqeen Redza Rosli Aktres TV Popular Anna Jobling Bella Astilah Hannah Delisha Siti Saleha Sophia Albarakbah Aktor Pembantu TV Popular Azhan Rani Mierul Aiman Nadhir Nasar Shah Iskandar Wanns Ahmad Aktres Pembantu TV Popular Alya Iman Amyza Aznan Bella Hanna Rita Rudaini Puteri Sarah Liyana Penyampai Radio Popular DJ Sonic Haiza KJ Sharifah Shahirah Tyzo Pengacara TV Popular Anim Ezzati Elly Mazlein Izzue Islam Raja Azura Uyaina Arshad Artis Komedi Popular Bell Ngasri Jep Sepahtu Joey Daud Sabri Yunus Senario Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular Dolla Khai Bahar & Nabila Razali Khai Bahar & Adira Siti Nordiana & Saujana Ziana Zain & Hasif Upin Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!