suria

Keguguran tapi Siti Jamumall tak takut hamil lagi... “Dapat anak setahun seorang pun kami terima”

MENGALAMI keguguran pada 28 September lalu, usahawan dan personaliti media sosial Siti Jamumall dan suami iaitu Aiman Zafran tidak akan berputus asa untuk menimang cahaya mata.

Kata Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, dia tidak menghadkan berapa jumlah anak dan menerima sahaja rezeki yang sudah ditentukan Ilahi.

“Semestinya selepas keguguran, orang mahukan cahaya mata. Saya pun begitu, mahukan anak sehinggalah umur saya mencecah 30 hingga 35 tahun. Saya terima sahaja, kalau seorang setiap tahun pun okay,” katanya kepada mStar.

Menjawab tuduhan kononnya keguguran itu adalah karma kerana membuang ahli keluarga sendiri, Siti hanya mampu tersenyum.

Kata Siti, dia tidak pernah terfikir untuk membuang ahli keluarga sebaliknya memaklumkan bahawa pergaduhan antara adik-beradik adalah perkara kecil dan biasa.

“Tiada istilah buang keluarga. Pergaduhan adik-beradik itu normal sedangkan lidah sendiri pun boleh tergigit. Bagi saya apa yang berlaku itu ada hikmah tersendiri,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi