suria

Bella Astillah sedih orang kecam asyik nyanyi lagu Ernie Zakri, tak boleh tolak permintaan penganjur... “Itu rezeki anak-anak”

SERING menyanyikan lagu Masing-Masing nyanyian asal Ernie Zakri, penyanyi dan pelakon Bella Astillah memohon maaf kepada netizen yang kurang senang dan berasa bosan dengan tindakannya itu.

Sedar bahawa lagu tersebut bukan miliknya, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata dia sering menyampaikan lagu tersebut kerana memenuhi permintaan penganjur sahaja.

“Saya betul-betul minta maaf mengenai lagu Masing-Masing itu. Saya sedar ada yang kata sudah muak dan sebagainya. Sebenarnya penganjur yang meminta untuk saya nyanyikan lagu tersebut, jadi saya tidak boleh nak tolak.

“Saya pun sudah bercakap dengan Ernie dan dia pun tiada masalah. Saya sedih bila orang kata penat nak dengar (saya menyanyi lagu tersebut). Saya dapat rezeki (duit) itu adalah juga untuk anak-anak. Jadi, tak kan saya nak tolak,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, menjawab kritikan segelintir netizen mengenai suaranya, Bella berkata dia daripada kecil dan sehingga sekarang masih belajar untuk perbaiki vokalnya itu.

“Saya belajar vokal daripada kecil sampai sekarang pun tidak habis belajar lagi. Saya tidak berhenti belajar lagi. Tak kanlah saya nak kena tunjuk perjalanan (belajar vokal) itu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Bella baru sahaja melancarkan sebuah lagu bertajuk Tapi Bukan Denganmu yang mengisahkan mengenai perbalahan rumah tangga disebabkan oleh orang ketiga.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi