suria

Tiada kaitan isu peribadi, perkongsian Idzham Ismail fasal rumah tangga secara umum - “Mana tahu siapa baca tak jadi cerai”

TINDAKAN memuat naik status berkaitan perkahwinan di media sosial menimbulkan spekulasi peminat tentang rumah tangga pelakon Idzham Ismail.

Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 36, menjelaskan ia bukan luahan peribadi sebaliknya perkongsian secara umum buat renungan orang ramai terutamanya pasangan berkahwin.

"Sekarang memang tengah popular isu cerai... Hantaran itu secara umum, mana tahu kalau ada sesiapa yang sedang dilanda masalah dan terbaca tidak jadi cerai... Kan pahala saya dapat?

"Masalah dalam rumah tangga itu perkara biasa, tapi bagi saya tidaklah sampai mahu berkongsi di media sosial dan Alhamdulillah hubungan saya dan isteri dalam keadaan baik," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi