suria

Tak sanggup tolak naskhah bagus, Fasha Sandha tangguh rancangan untuk hamil

PELAKON Fasha Sandha terpaksa membatalkan hasrat untuk hamil lagi hanya kerana tidak mahu melepaskan peluang berlakon dalam satu naskah hebat ditulis oleh Azimah Pak Wan.

Kata Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, dia juga sudah mendapat persetujuan suaminya, Aidil Aziz dan merancang untuk membuat rawatan persenyawaan in vitro (IVF) pada tahun depan.

“Tahun ini belum ada rezeki nak dapatkan anak, sebab saya tidak sampai hati nak tolak naskhah yang sudah ditulis untuk saya daripada Azimah Pak Wan. Ramai artis di Malaysia yang minat dengan skrip ditulis oleh beliau.

“Kalau saya tolak ibaratnya macam satu rezeki yang disia-siakan dan nanti akan rasa menyesal tidak dapat buat. Karakter drama tersebut juga sangat bagus.

“Setelah berbincang dengan suami, dia kata tidak mengapa tentang anak. Dia suruh saya terima karya tersebut. Fasal anak tangguh dahulu, insya-Allah ada rezeki akan usaha tahun depan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi