suria

Tak masuk akal, Ieda Moin pelakon berpengalaman tapi nak dibayar bawah RM500 untuk drama

PELAKON Ieda Moin meluahkan rasa kesal apabila ada produksi drama menawarkannya bayaran serendah RM500 untuk berlakon dalam drama berepisod.

Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 44, bagaimanapun berkata dia terpaksa menolak tawaran berkenaan kerana seolah-olah merendahkan martabatnya sebagai pelakon berpengalaman.

“Saya dah lama tak berlakon, dalam tempoh 7 bulan dan ada juga tawaran tapi terpaksa tolak sebab dia tawarkan harga sangat rendah dan nilai tu macam bayaran untuk pelakon tambahan.

“Pihak produksi tu tawarkan saya drama episod tapi harganya bawah lima ratus untuk satu episod, biar betul memang melampau dan sedih sebenarnya sebab itu harga pelakon extra, saya ni sudah berlakon lama tak kan nak bayar macam tu.

“Sebenarnya saya ada tawarkan tapi rendah juga dan harga tu pada tahun 2006 sebenarnya malangnya dia (pihak produksi) tu masih nak kurangkan harga lagi,” kata Ieda Moin kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi