suria

Che Ta teruskan tindakan terhadap 4 individu hina anak, sedih Aaisyah tanya ‘kenapa dia cakap macam ni?’

PELAKON Rozita Che Wan memberitahu dia tidak akan memaafkan individu yang menghina anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Kata Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, dia sudah mengenal pasti empat individu didakwa menghina anaknya itu dan mengesa supaya pihak terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi video.

“Saya tidak tahu sebab empat individu ini belum muncul lagi buat permohonan maaf tapi saya rasa memang susah untuk maafkan mereka yang hitam hatinya sebab tak tahu apa masalah pihak tu dengan anak saya.

“Kalau anak saya buat salah dekat dia dan dia kutuk anak saya tak apa minta maaf ini anak saya tak buat salah apa-apa, jadi apa masalah Aisyah kepada pihak tu sampai nak mengutuk macam tu.

“Saya minta individu terbabit untuk buat permohonan maaf secara terbuka menerusi video, tak ada masa jumpa orang jijik dan hitam seperti ini” katanya ketika ditemui mStar.

Dalam perkembangan lain, Che Ta memberitahu pihak peguamnya telah bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan individu didakwa menghina anaknya di media sosial sebelum mengambil tindakan mahkamah.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi