suria

Pencipta lagu 'Abuya Skibidi Bom Bom' tiada kaitan GISBH, tak sangka raih 3 juta tontonan

GARA-GARA mengubah semula lagu ‘Abuya’ sehingga tular di media sosial, seorang individu dikecam hebat malah ada mendakwa dia merupakan salah seorang daripada ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Menjawab tuduhan tersebut, Amir Syamsul, 27, sebaliknya menjelaskan tujuan dia mengubah lagu tersebut hanya sekadar suka-suka dan bukannya mahu menyindir mana-mana pihak.

"Tak sangka pula lagu yang saya buat itu tular sehingga mendapat tontonan lebih tiga juta sebab asalnya hanya sekadar suka-suka.

"Maksud 'skibidi' adalah perkara kelakar dan kalau ada pihak kaitkan dengan isu lain memang di luar pengetahuan saya.

"Ramai juga kecam cakap saya memihak kepada pihak tersebut tapi sebenarnya ia tidak ditujukan kepada sesiapa... Saya juga bukan ahli GISB seperti didakwa," katanya ketika ditemui mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi