suria

Bukan persenda adat dan budaya orang Kelantan, Aisha Retno janji lebih cakna - “Kawe ado daroh Kelate”

TINDAKAN penyanyi Aisha Retno tampil berpakaian tradisional negeri Kelantan dengan tarian moden menerusi muzik video Samudera menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Sedar dengan kecaman diterima, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, bagaimanapun langsung tidak berniat mempermainkan adat dan budaya negeri berkenaan.

Apatah lagi kata Aisha, bapanya sendiri berasal dari Pantai Timur dan ingin memberi penghormatan kepada adat dan budaya Kelantan menerusi lagu tersebut.

"Saya tahu isu ini agak sensitif dan sekiranya ada pihak kurang senang, saya minta maaf. Saya akan lebih cakna selepas ini," katanya kepada mStar.

Dalam pada masa yang sama, Aisha juga memberitahu lagu terbarunya ini diilhamkan daripada kisah percintaan dirinya sendiri dan kehidupan lagenda Cik Siti Wan Kembang.

"Lagu ini sebenarnya menceritakan kisah Cik Siti Wan Kembang dan dalam pada masa sama mengenai diri saya sendiri walaupun dalam industri diberikan rezeki tapi saya tak bertuah dalam percintaan," katanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi