suria

Amir Jahari dah tak fikir masuk AJL, ada rancangan mahu kembang karier ke luar negara

SELEPAS menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38, penyanyi Amir Jahari tidak lagi berharap untuk memasuki pertandingan tersebut pada musim akan datang.

Kata Amir atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari, 32, fokusnya ketika ini adalah mahu mengembangkan kariernya dan membanggakan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Kalau nak masuk AJL itu tak tahu lagi sebab rancangannya selepas menang, saya nak pergi ke antarabangsa seperti Indonesia dan juga Thailand. Nak cari pasaran luar.

“Kalau saya dapat AJL itu Alhamdulillah rezeki, tidak dapat pun tak apa. Saya hanya nak bawa nama Malaysia ke luar negara sebab sekarang umur sudah 32 tahun. Itu sahaja pencapaian yang saya belum dapat,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Amir turut memaklumkan dia ada menerima beberapa nasihat daripada netizen yang memintanya untuk menjaga penampilan sebagai seorang artis.

Jelas Amir, dia tidak terasa hati dengan komen berkenaan sebaliknya ketika ini sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.

“Banyak permintaan untuk suruh saya gunting rambut, buat muka dan juga turunkan berat badan. Terima kasih kerana beri saya semangat untuk tingkatkan penampilan saya. Insya-Allah saya akan usahakan.

“Kalau dulu, saya terkesan dengan komen itu, tapi sekarang tidak. Saya pun memang perlu kurus sebab susah tidur malam,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi