suria

Gosip cinta kakak Kak KM bukan gimik ‘marketing’, Tyzo tiada niat mainkan perasaan wanita

GOSIP cintanya dengan kakak kepada usahawan sensasi Kak KM iaitu Lydia Rosli dikatakan hanya gimik ‘marketing’ untuk menaikkan kembali namanya, penyampai radio Tyzo tampil menjawab perkara tersebut.

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain, 48, menjelaskan dia sama sekali tidak terfikir untuk melakukan perkara tersebut malah baginya netizen kini sudah pandai menilai bakat berbanding kisah peribadi seseorang.

“Sepanjang mengenali saya selama 25 tahun dalam industri, saya tidak ada kontroversi berkenaan cinta dan sebagainya. Ada yang kata itu sebagai ‘marketing’ untuk kekal relevan dan sebagainya, saya tidak setuju. Zaman sekarang ini orang lebih menilai bakat berbanding kisah peribadi,” katanya kepada mStar.

Meskipun sudah memaklumkan yang dia tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap Lydia, namun Tyzo memberitahu dia masih mengekalkan hubungan mereka sebagai rakan.

“Saya masih lagi berhubung dengan dia. Saya sekarang sibuk dalam bidang perniagaan, dia pun sama. Jadi ada yang saya belajar juga dengan dia. Masing-masing beri pandangan sendiri.

“Ada yang kata saya mainkan perasaan. Masing-masing berhak untuk cakap benda tidak baik tentang saya, saya tidak boleh nak tahan. Jujur cakap, saya tidak pernah mainkan perasaan orang sebab sebelum ini saya pernah disakiti dan menyakiti. Kalau saya muda lagi mungkin boleh (menyakiti),” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi