suria

Idah selesai bukan peluang keemasan buat Muaz Zabir, hormat Bella Astillah sebagai rakan

SEJAK bercerai, ramai mula memberi lampu hijau kepada aktor Muaz Zabir mendekati Bella Astillah sehinggakan ada mendoakan mereka bertemu jodoh.

Bagaimanapun kata Muaz, 27, dia masih belum terfikir untuk menawan hati Bella sebagai kekasih kerana ketika ini selesa dengan hubungan sebagai kawan.

"Saya tak anggap ini sebagai peluang keemasan yang perlu direbut selepas Bella tamat tempoh idah.

"Kami berkawan dan ada projek sama-sama, jadi tak boleh nak bermasam muka. Macam biasa, saya dan Bella teruskan kehidupan masing-masing dan buat yang terbaik untuk kerjaya kami," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Bella sah bercerai dengan pelakon Aliff Aziz pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Dalam perkembangan lain, Muaz teruja apabila namanya tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular dan Pelakon Pembantu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36).

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi