suria

Bayi 9 bulan dah boleh berjalan, Farali Khan kongsi amalan sepanjang hamil... Mahu anak jadi hafizah al-Quran

PELAKON Farali Khan memberitahu dia tidak menggalakkan anak perempuannya iaitu Zaynab Ashura Khan mengikuti jejak langkah sepertinya menjadi seorang selebriti.

Menurut Farali atau Norfara Ali Dad Khan, 35, dia lebih suka sekiranya anak perempuannya itu menjadi penghafal al-Quran atau hafizah.

“Sebenarnya anak ni umpama kain putih yang perlu kita corakkan dia, kalau saya dedahkan anak ke arah islamik jadi dia akan tahu perkara itu sebab sudah terbiasa daripada kecil.

“Saya ada beberapa rancangan untuk dia tapi tak tahu lagi sebab kena tengok minat dia macam mana, cumanya kalau boleh memang saya nak dia jadi seorang hafizah al- Quran,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Farali turut memberitahu tempoh berehat untuk menjaga anak selama setahun sudah tamat dan dia kini bakal mula aktif berlakon semula.

“Saya belum berhenti berlakon... cumanya sekarang tempoh berehat jaga anak tu sudah habis jadi jangan salah faham ya saya masih lagi berlakon,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Farali telah bekerjasama dengan salah satu pereka fesyen Rexagon yang menampilkan baju bertemakan askar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi