suria

Rezeki Harris Anuar dalam bidang seni, impian ibu belum terlaksana... “Mungkin saya akan jadi macam Azhar Sulaiman”

BAGI merealisasikan impian ibunya yang mahu dia menjadi seorang arkitek, pelakon Harris Anuar memberitahu dia terbuka untuk kembali melakukan pekerjaan tersebut sekiranya diberikan peluang.

Kata Harris atau Mohammad Harris Annuar Shahrul Annuar, 32, berkata dia bukan tidak mahu merealisasikan impian ibunya itu, namun buat masa ini rezekinya lebih tertumpu kepada bidang seni.

“Sebenarnya waktu saya habis belajar dulu bukannya tak pernah kerja arkitek tapi saya bosan sebab kerja tiga bulan cuma lukis projek tandas saja.

“Jadi bila saya masuk industri ni, saya minta dekat mak tempoh 12 bulan saja untuk buktikan dan Alhamdulilah mereka berjaya cungkil bakat saya menerusi program Hero Remaja.

“Insya-Allah mana tahu satu hari nanti kalau diberikan peluang dan rezeki saya jadi seperti Azhar Sulaiman, sambil berlakon buat kerja arkitek juga,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi