suria

Yuna seronok dapat duduk dekat dengan keluarga di Malaysia, terbang ke LA jika diperlukan

PENYANYI Yuna memberi bayangan yang dia akan lebih lama menetap di Malaysia meskipun komitmen sebagai juri bagi program nyanyian Gimme The Mic telah pun selesai.

Kata Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, 37, selain berasa selesa kerana dapat berada dekat dengan keluarga, dia juga mahu meneroka peluang yang ada di Malaysia dan Indonesia bagi mengembangkan lagi karier seninya.

“Saya seronok balik Malaysia, bergembira dengan keluarga dan enjoy menjadi juri. Saya tidak sangka yang pengalaman (menjadi juri) sangat istimewa bagi saya. Jadinya, saya mahu teroka lagi apa yang saya boleh buat dekat Malaysia dan Indonesia.

“Kita tengok macam mana. Tetapi kalau di Los Angeles itu, sekiranya ada rakaman atau saya diperlukan, saya akan pegi ke sana. Namun saya akan ‘based’ dekat sini dan lebih lama di sini,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai perancangannya untuk melancarkan lagu Melayu, Yuna berkata dia ketika ini mahu berehat terlebih dahulu memandangkan album ‘Masih Yuna’ baru sahaja dilancarkan pada tahun lalu.

“Lagu Melayu tunggu dulu sebab tahun lepas sudah keluar album. Saya nak berehat dulu dan sukar bagi saya untuk menulis lagu dalam Bahasa Melayu. Saya kena kurung diri dan fokus untuk tulis,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi