suria

Norish Karman sedih jika Fattah dan Fazura bercerai, boleh hubungi kalau mahu minta pendapat

TERKEJUT mengetahui kemelut rumah tangga pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura, pelakon Norish Karman meminta supaya mereka duduk berbincang menyelesaikan isu berkenaan tanpa campur tangan orang ketiga.

Norish atau Nor Ashikin Karman, 50, berkata dia juga terbuka sekiranya pasangan ini ingin menghubungi dan mendapatkan pandangannya.

“Agak terkejut juga bila dapat tahu berita ini sebab perkahwinan mereka masih baru dan terlalu awal untuk lalui semua ini.

“Saya terbuka sekiranya Fattah atau Fazura mahi menghubungi saya minta pendapat dan saya akan bentangkan segalanya untuk dijadikan contoh seperti mana saya sendiri pun pernah berdepan isu rumah tangga sebelum ini.

“Harap Fattah dan Fazura dapat selesaikan masalah mereka ini dengan tenang dan kalau boleh jangan campur tangan orang ketiga kerana semua itu akan merosakkan lagi hubungan,” kata Norish kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi