suria

Rasa lebih bebas, Ameer (Forteen) ada rancangan gerak solo

SELEPAS berjaya memasuki ke Grand Six bagi pertandingan Gimme The Mic Malaysia, penyanyi dan juga ahli kumpulan Forteen iaitu Ameer merancang untuk mengembangkan kariernya dengan bergerak secara bersendirian.

Kata Ameer atau nama sebenarnya Mohamad Arif Ameerais Azhar, 34, ini kerana dia sudah mengetahui perjalanan dan juga arah muziknya selain bebas berkarya sekiranya bergerak secara solo.

“Saya memang rancang untuk bergerak solo. Namun saya tidak tolak kalau kumpulan saya sibuk (persembahan), saya akan ikut mereka. Saya kena susun dengan lebih teliti jadual saya selepas ini.

“Kalau kerja dalam berkumpulan ini dia seronok sebab dalam lakukan secara berpasukan. Dan solo pun seronok sebab saya ada arah muzik yang saya mahu ketengahkan. Dan bergerak sendiri ini jadi bebas,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai bakal memasuki pertandingan nyanyian lain, Ameer berkata dia secara terbuka akan menerimanya sekiranya menerima mana-mana jemputan.

Dalam masa sama, Ameer juga memaklumkan dia tidak pernah tergores hati dengan sebarang kecaman ataupun komen negatif terhadap karier nyanyiannya itu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi