suria

Ali Puteh kembali beraksi di pentas MLS4, lega tiada lagi kecaman... Bisnes sambal petai berjalan seperti biasa

SETELAH dua tahun tidak aktif di pentas komedi, akhirnya pelawak Ali Puteh kini bakal beraksi menghiburkan peminat di program Muzikal Lawak Superstar Musim ke-4.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berkata untuk kali ini dia lebih tenang kerana kurang menerima kecaman sebaliknya menerima sokongan peminat dan pengikut di media sosial.

“Alhamdulilah saya kembali bertanding setelah sekian lama tak masuk mana-mana program hampir dua tahun lamanya tu dan kali ini dengan satu gabungan yang baru bersama Man Raja Lawak dan Aya Amiruddin.

“Bila dah lama berehat hampir dua tahun ni memang agak lain sebenarnya, saya kena belajar balik dan ingat kembali lawak-lawak dulu untuk hiburkan orang cumanya kali ini mungkin tak macam dulu sebab dulu orang lebih kecam tapi kini lebih tenang,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Ali turut memberitahu meskipun memasuki program ini namun perniagaan sambal petai diusakan akan berjalan seperti biasa kerana sehingga kini masih mendapat sambutan tinggi pembeli.

“Walaupun saya masuk progam ni tapi perniagaan sambal petai saya masih jalan ya jangan risau sebab apa-apa pun perniagaan tetap nombor satu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi