suria

To'ki dilantik duta program amal, rebut peluang bantu golongan memerlukan - “Saya tahu rasanya susah”

PENYANYI era 90-an To'ki teruja apabila diberi peluang menjadi duta program amal bagi menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf serta selebriti yang memerlukan.

To'ki atau Mohd Zaki Mansur, 59, berkata, program sedemikian dekat dihatinya kerana dia sendiri pernah merasai keperitan dan kesempitan hidup.

Susulan itu, dia mengambil peluang tersebut untuk sama-sama membantu dengan mencari golongan selebriti memerlukan agar dapat menyampaikan sumbangan.

"Alhamdulillah ada sebuah syarikat swasta ini panggil saya menjadi duta program kebajikan yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Selain bertindak sebagai duta, saya juga diberi tanggungjawab mencari mana-mana golongan selebriti dan asnaf yang memerlukan bantuan di seluruh Malaysia.

"Saya teruja dengan program ini kerana satu ketika dahulu saya pernah susah, jadi saya tahu perasaan itu malah ini cara saya balas balik budi orang yang pernah menolong saya," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi