suria

Hampir 15 tahun Ziana Zain tak berlakon filem, akhirnya terubat rindu peminat

HAMPIR 15 tahun tidak muncul di layar perak, penyanyi Ziana Zain memberitahu dia teruja apabila diberikan peluang untuk kembali aktif berlakon filem.

Meskipun sudah lama meninggalkan set penggambaran, Ziana bagaimanapun berkata dia masih mampu mengalas tugasan yang diberikan dengan sempurna.

“Lakonan filem terakhir saya filem Magika dan sudah 15 tahun tu, bayangkan lama tu kalau berlakon pun cuma drama saja untuk filem tidak ada.

“Alhamdulilah syukur untuk kembali aktif berlakon ni semuanya berjalan lancar sebab bekerja dengan pengarah Shuhaimi kan, dia banyak membantu saya.

“Sebelum ini banyak berlakon drama jadi macam satu pemanas badan untuk saya mulakan kerja sebagai pelakon filem pula lepas ini ,” katnya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Ziana bakal muncul dalam filem terbaharu iaitu Pontianak 200kg arahan Shuhaimi Lua yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

TONTON VIDEO DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi