suria

Lebih suka duduk Kelantan, Kamarool Yusoff masih larat memandu jauh... Banyak tolak tawaran lakonan

SUDAH 45 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon Kamarool Yusoff mengakui industri seni kini kekurangan penulis skrip selain jalan cerita yang mampu memberikan kesan kepada penonton.

Kata Kamarool yang juga popular dengan nama Cik Man, 67, dia banyak menolak tawaran berlakon kerana menganggap naskah yang diberikan tidak memuaskan hatinya sebagai anak seni.

“Tawaran berlakon sekarang ini saya masih terima tetapi banyak yang tolak. Ini sebab saya mahu cari naskah yang baik.

“Sekarang ini kita kehilangan skrip dan juga cerita yang baik. Bukan sebab bayaran. Kalau hal itu, saya sudah lama berhenti dunia lakonan dan jadi seniman,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Kamarool juga memaklumkan yang dia sekarang ini lebih selesa untuk menetap di Kelantan.

Disebabkan itu, dia sanggup untuk ulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur sejak 10 tahun lalu.

“Saya memang ulang alik Kelantan ke Kuala Lumpur sebab sudah selesa duduk di sana. Perjalanan pun hanya empat ke lima jam sahaja.

“Bagus untuk seorang seniman ini untuk duduk jauh sebab dalam perjalanan itu nanti, ada benda yang kita boleh fikir dan dapat ilham,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi