suria

Dah jumpa pasangan serasi, Keith Foo ada rancangan kahwin Riena Diana

PELAKON Keith Foo memberitahu dia tidak peduli dengan kecaman yang dilemparkan kepada dirinya susulan kerap berkongsi kemesraan dengan kekasihnya iaitu Riena Diana.

Kata Keith, 41, dia tidak mahu melayan komen negatif netizen kerana ini bukan kali pertama dirinya berdepan pengalaman buruk sedemikian rupa.

“Siapa saja yang suka kita kan sebab selalunya mesti ada komen negatif dan tak mahu berikan komen isu ini... biarlah mereka nak cakap apa pun, saya gembira sekarang kalau komen tu mereka tak gembira kot.

“Orang burukkan kami... saya alukan sebab komen negatif tu atau doa akan bertukar kepada perkara positif,” kata Keith Foo kepada mStar.

Dalam pada itu Keith berterima kasih kepada Riena kerana berjaya membuatnya dirinya jatuh cinta lagi dan ingin menamatkan zaman bujangnya bersama aktres berkenaan.

“Saya nak cakap terima kasih kepada Riena kerana dia berjaya buatkan saya kembali ada perasaan cinta tu, dia sangat memahami dan kami serasi bersama, mungkin saya nak tamatkan zaman bujang dengan dia rasanya,” luahnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi