suria

Dwan Olan bakal sambut menantu, anak tunggal 17 tahun selamat bertunang... Terkejut lagu ‘Hitam Manisan’ tular semula

PENYANYI Dwan Olan tidak menyangka lagu nyanyiannya berjudul Hitam Manisan kembali tular di media sosial selepas ia dikongsi oleh seorang pelawak.

Dwan atau Mohd Radzuan Yasin, 62, bagaimanapun berkata, meskipun lirik lagu tersebut dilihat seperti menyindir seseorang namun dia berharap supaya lagu tersebut tidak digunakan untuk tujuan berkenaan.

“Sebenarnya kami tak tahu lagu itu menjadi tular di media sosial sebab selalunya anak yang akan beritahu tapi macam lagu tu saya hanya menyanyikan saja itu semua penulis lirik yang buat.

“Saya sebenarnya tak suka lagu tu sebab lagu tu lirik macam orang susah atau nak menyindir, kalau boleh janganlah gunakan lagu tu untuk sindir sesiapa,” kata Dwan kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Dwan turut meluahkan rasa syukur apabila anak tunggalnya iaitu Putri Khaireena kini sudah menjadi tunangan dan mengikat pertunangan tersebut pada Ahad lalu.

Kata isterinya iaitu Zarina Anuar, meskipun anak baru berusia 17 tahun, namun dia dan suami bersetuju memberikan keizinan itu.

“Alhamdulilah walaupun sedih tapi kami okay sebab saya dan abang (Dwan) sakit jadi risau kalau tiada siapa yang nak jaga anak kami nanti, harap dengan kahwin awal ni dapat elak perkara buruk berlaku,” kata isteri Dwan (Azlina) kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi