suria

Ramai lebih sesuai, Saiful Apek rasa diri tak layak terima gelaran Datuk… “Doa peminat dah cukup untuk saya”

PELAWAK Saiful Apek belum terfikir untuk menerima gelaran Datuk kerana baginya dia tidak layak menerima anugerah itu.

Selain ramai lebih sesuai menerima penghargaan itu, Saiful atau nama sebenar Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, berkata dia juga dia tidak mahu gelaran itu menyebabkan hidupnya berubah.

Malah, sokongan peminat terhadap kerjaya seninya sudah cukup untuk dihargai.

“Kalau ingin bercerita tentang jasa kami (artis), Kami bekerja bukan tidaak menerima gaji kecuali jika kami membuat persembahan secara percuma tanpa sebarang bayaran itu baru dikatakan jasa.

“Jika beri saya gelaran Datuk, penghargaan sebegitu saya tidak boleh bawa ke mati pun, tetapi jika peminat berjumpa dengan saya ucap terima kasih dan mendoakan saya, saya akan bawa perkara itu sehingga mati,” katanya kepada mStar.

Dalam pada masa yang sama, dia merasa segan apabila orang ramai memanggil dirinya dengan gelaran Datuk.

“Saya segan bila nanti orang panggil saya Datuk, saya rasa seperti kehidupan saya sudah berubah, saya tidak ingin perkara itu terjadi,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi