suria

“Kita perlu menegur” - Drama Band tetap teruskan sindiran dalam lagu selagi belum ada pelapis

KUMPULAN Drama Band memberitahu mereka tidak akan berhenti daripada menyelitkan unsur sindiran menerusi karya lagu dan muzik video.

Menurut vokalis kumpulan itu, Aepul Roza, buat masa ini belum ada lagi mana-mana individu berani melakukan tindakan sama dan mengambil alih tugas mereka dalam memberikan teguran menerusi lagu.

“Sama ada diteruskan lagi untuk akan datang atau tidak ia bergantung kepada khidmat kami, masih diperlukan atau tidak kerana kalau kami jumpa ada orang lain yang boleh ambil jawatan ini jadi kami okay.

“Kalau ada orang yang berani buat macam ni jadi kami biarkan dia pula lakukan teguran ini sebab kami sangat memilih dalam berkarya kerana bukan semua lagu itu berdasarkan isu semasa.

“Ramai juga yang tanya kalau buat lagu tak menyindir tak boleh ke, jawapan kami ‘tak’ sebab tangunggjawab ini berat sebenarnya untuk memberikan nasihat dan teguran supaya semua sedar,” kata Aepul kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Drama Band muncul dengan lagu baharu berjudul ‘FYP’ serta bakal mengadakan Konsert The Hardest Malam Drama pada 5 Oktober di Zepp Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi