suria

“Dia ada karisma, vibes saya suka” - Mierul Aiman mahu jadi seperti Que Haidar, teringin berlakon sama

WALAPUN sudah empat tahun meninggalkan program realiti Hero Remaja, pelakon Mierul Aiman memberitahu sehingga kini dia masih tidak melupakan kenangan manis bersama Que Haidar sewaktu menyertai program berkenaan.

Mierul atau Muhammad Amirul Aiman Norazman, 26, berkata perwatakan Que Haidar yang bersahaja itu membuatkan dia kagum dan sekali gus memasang impian untuk bekerjasama dengan aktor tersebut.

“Saya sangat meminati Que Haidar, Wan Maimunah, Eman Manan dan ramai lagi tapi yang paling saya kagum Que Haidar sebab dia antara pelakon yang terbaik bagi saya.

“Dia (Que) punya gaya berdiri dan wajah kacaknya itu dalam lakonan membuatkan saya betul-betul meminatinya.

“Saya belum pernah bekerja dengan dia cuma dia antara orang yang pertama lepaskan tanda Hero Remaja pada saya dulu dan menjadi impian untuk bekerja sekali dengan dia nanti,” kata Mierul kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi