suria

“Next concert ibu” - Aafiyah seronok dapat main piano, Siti Nurhaliza belum terfikir bawa anak serius bidang muzik

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak terfikir untuk membawa anaknya iaitu Siti Aafiyah aktif dalam industri muzik.

Siti, 45, berkata tujuan dia memberi peluang kepada Aafiyah bermain piano sewaktu Konsert Cinta di Awan pada 10 Ogos lalu adalah kerana ingin mendedikasikan lagu baharu berjudul Nadi itu kepada dua anaknya itu.

“Cuma untuk konsert itu saja sebab saya sampaikan lagu itu adalah untuk anak saya.

“Permulaan dan muzik dia (lagu) Aafiyah belajar bersama gurunya itulah yang mencipta lagu itu,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Siti bakal mengadakan persembahan di konsert Festival Hausboom yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Oktober di KL Base, Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi