suria

Bekas PA cerita punca Shuk Sahar dan isteri berbalah, dedah sahabat banyak berubah selepas kahwin

SUSULAN pendedahan yang dilakukan isteri kepada Shuk Sahar mengenai sikap suaminya itu, bekas pembantu peribadi kepada pelakon dan pelawak tersebut tampil menceritakan punca pasangan itu berbalah.

Bekas pembantu yang dikenali sebagai Raje Ridzuan berkata, dakwaan yang dibuat oleh Fara Salleh di aplikasi Threads sama sekali tidak benar dan satu tuduhan tidak berasas.

Kata Raje, Shuk atau nama sebenarnya Muhammad Shukri Mohamed Sahar, 38, tidak pernah memburuk-burukkan isterinya itu kepada orang lain.

“Sebenarnya ini adalah salah faham. Perkara yang berlaku di Singapura sebelum ini, kami hanya lepak di meja semasa sedang berniaga. Kami hanya borak berkenaan kerjaya, bisnes dan juga hasil jualan.

“Jadi apa yang dia (Fara) kata di media sosial tentang burukkan dia, mengumpat itu semuanya tidak betul. Kami tidak ada masa mengumpat bini orang. Tetapi yang buat saya terkilan ketika itu adalah Fara jerit kepada Shuk sampaikan dia (Shuk) rasa malu, segan dan sedih,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Raje mendedahkan sikap Shuk berubah lebih baik selepas berkahwin dengan Fara pada awal November tahun lalu.

“Orang pandang Shuk ini buruk sahaja. Tetapi sebenarnya selepas kahwin (dengan Fara) dia banyak berubah. Bila telefon minta dia balik, dia akan balik. Suruh makan dia makan. Pemikiran pun lebih matang dan cakap pun tidak lepas.

“Shuk ini lebih jaga solat selepas kahwin baru. Ada banyak kebaikan Shuk ini selepas berkahwin dengan isteri baharu,” ujarnya.

Pada Isnin lalu, Fara mendedahkan dia pernah meminta cerai kepada Shuk kerana sudah penat melayan kerenah suaminya itu.

Ini kerana dia sudah hilang sabar dengan perangai Shuk yang sering bercerita mengenai keburukannya kepada kenalan rapat sehingga menjejaskan nama baiknya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi