suria

Busana harga puluh ribu, berani pakai tumit tinggi... Selebriti media sosial bergaya sakan di ‘TikTok Awards 2024’

MALAM kemuncak TikTok Awards 2024 melabuhkan tirainya pada malam Ahad.

Berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, anugerah berprestij itu dianjurkan bagi menghargai bakat pencipta kandungan di aplikasi TikTok.

Rata-rata penonton yang hadir pada malam anugerah tersebut mengenakan busana bertemakan Realisasikan Impianmu.

Menarik tumpuan ramai apabila penyanyi baharu meningkat naik iaitu Shazreen Shaharum yang mengenakan busana berkonsepkan bunga-bungaan hasil rekaan Ku Syafiq Adenan.

Terdapat ramai lagi selebriti dan personaliti media sosial yang hadir antaranya Agy, Muaz Zabir, Raja Afiq, Bella Astillah, Nabila Razali dan ramai lagi.

Jom kita dengar temu bual bersama beberapa selebriti dan influencer di acara karpet merah TikTok Awards 2024.

TONTON VIDEO YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi