suria

Maruah keluarga lagi penting, Bob Yusof tolak tawaran lumayan cipta kontroversi - “Benda pelik memang saya tolak”

TIDAK mahu mencipta kontroversi murahan, penyanyi Bob Yusof lebih selesa dia tidak terpalit dengan sebarang gosip yang boleh menjejaskan karier seninya.

Bob atau Yusrizan Usop, 43, berkata, dia pernah ditawarkan untuk mencipta kontroversi bagi menaikkan namanya namun menolak walaupun ditawar bayaran lumayan.

"Saya tak pandai nak cipta sesuatu untuk populariti sebab itu bukan diri saya sebab saya memang jaga tatatertib dalam kerja.

"Ramai tanya mana hilang sedangkan saya ada saja dalam industri, mungkin kurang dapat perhatian tapi saya tak mudah putus asa.

"Nak suruh buat benda pelik memang saya tolak. Ada pihak nak bayar pun saya tak mahu sebab bimbang keluarga dapat malu," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi