suria

Nyanyian tiada pendapatan tetap, Farisha Iris tukar kerjaya kini bergelar pensyarah

PENYANYI Farisha Iris memberitahu fokusnya kini meneruskan kerjaya baharu sebagai seorang pensyarah.

Meskipun berat untuk menukar bidang kerjaya, Farisha atau Farisha Asmadi, 25, berkata dia terpaksa membuat keputusan itu demi masa depan.

“Saya memang bersedia untuk itu kerana kita tidak selamanya muda, bila orang cakap dah tak relevan jadi ini salah satu persediaan awal saya dan kini pekerjaan tetap sebagai pensyarah.

“Walaupun saya bernyanyi lama sejak tahun 2011 tapi saya kena terima kenyataan satu hari nanti orang tak kenal saya, tak apa sebab sudah ada pekerjaan tetap.

“Memang impian saya untuk jadi seorang pensyarah dan baru saja beberapa bulan berkhidmat di salah sebuah universiti swasta,” kata Farisha kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi