suria

Adira ada sebab menunjuk barang kemas, sedar bahaya tapi sentiasa hati-hati

PENYANYI Adira Suhaimi tidak pernah berniat menunjuk-nunjuk apabila sering dilihat memakai barang kemas.

Adira, 32, sebaliknya menjelaskan tindakan dia memakai barang kemas semata-mata atas dasar tuntutan kerja memandangkan dia berkolaborasi bersama sebuah syarikat menjual perhiasan.

Sedar tindakannya itu mengundang bahaya, Adira bagaimanapun sentiasa berhati-hati supaya tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

“Saya hanya fikir (pakai emas) sebab kerja dan tanggungjawab sahaja. Saya tahu ia bahaya tetapi saya tetap berhati-hati.

"Memandangkan ini adalah kolaborasi takkan saya tak tunjuk. Kenalah tunjuk produk tersebut tapi saya memang tak berniat nak menunjuk," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Adira memberitahu dia pernah menipu dengan memberitahu emas dipakai adalah dari Korea apabila sering diasak pelbagai soalan daripada pengikutnya.

"Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah lagi terima sebarang ancaman. Kalau ada yang komen berlebihan saya akan cakap saya pakai emas Korea," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi