suria

Tak boleh makan sembarangan, Wak Doyok cerita kena santau - “Mungkin ada orang nak jatuhkan saya”

SENTIASA kelihatan ceria dihadapan peminat namun siapa sangka ikon fesyen Wak Doyok sebenarnya menderita akibat perbuatan sihir seseorang.

Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 45, berkata, hasil rawatan alternatif mendapati kesihatannya merosot disebabkan santau yang dihantar kepadanya.

Cerita Wak, pada awalnya dia tidak mengesyaki kesihatannya terjejas akibat sihir namun mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila rawatan di hospital gagal menyembuhkannya.

"Saya baru sahaja pulih daripada gangguan sihir sebab terkena santau. Mulanya pergi hospital buat pemeriksaan dan rawatan namun sakit saya tidak juga baik.

"Bila buat rawatan alternatif baru tahu terkena santau dan sekarang ini Alhamdulillah semakin baik cumanya masih dalam pantang kerana hanya boleh makan juadah tertentu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Wak pelik jika benar ada pihak cuba menghantar sihir kepadanya kerana tidak mempunyai musuh atau berhutang dengan orang lain.

Kata Wak, individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu mungkin disebabkan rasa cembur udan ingin menjatuhkannya.

“Saya tak ada hutang dengan orang cuma dengan bank saja. Mungkin yang hantar ini orang kenalan dalam perniagaan untuk jatuhkan saya,” katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi