suria

Ramai kata muka seiras Zulfarhan, Zubir Khan sudah hubungi keluarga arwah tapi takut nak jumpa

PENYANYI Zubir Khan terkejut apabila ada netizen mengatakan wajahnya seiras seperti Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Susulan itu, ada netizen mencadangkan agar Zubir atau nama sebenarnya Muhammad Zubir Mohamad Ali, 24, bertemu dengan keluarga arwah.

Menjawab mengenai perkara itu, Zubir berkata dia sudah menghubungi pihak keluarga Allahyarham dan bercadang untuk berjumpa dengan mereka dalam masa terdekat.

“Ramai juga yang DM saya cakap muka sama macam arwah dan bila saya lihat balik foto baru tahu mungkin senyuman serta rupa tu ada iras sikit tapi bukannya 100 peratus.

“Saya ada terfikir nak jumpa dengan ahli keluarganya tapi takut juga kalau keluarga lagi sedih kalau jumpa dengan saya tapi sekarang ini saya ada hubungi keluarganya dan sudah berborak dengan adik Allahyarham.

“Bagi saya masa untuk siapkan diri berjumpa dengan keluarga Zulfarhan dalam masa terdekat ni, harapnya dengan perjumpaan ini dapat mengubat sikit kerinduan keluarga pada allahyarham,” kata Zubir kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi