suria

Datuk Red rasa nikmat bercinta semula dengan Adira, tak mampu ‘get back’ dua bekas isteri... Kongsi cerita kahwin

SELEPAS mendedahkan bakal berkahwin semula bersama bekas isterinya iaitu Adira, usahawan Datuk Red menerima pelbagai reaksi negatif netizen.

Ramai yang mendakwa bahawa penceraian yang berlaku di antara Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, terhadap bekas isterinya iaitu Datin Red adalah sebagai satu rancangan untuk tidak lagi tinggal sebumbung.

Kata Datuk Red, perkara tersebut sama sekali tidak benar sebaliknya penceraian tersebut adalah atas kehendak Datin Red.

“Kalau saya yang merancang itu, sukar untuk percaya sebab sedia maklum mereka ini yang mohon cerai. Mereka yang hadir ke mahkamah dan mohon cerai.

“Dalam masa tempoh idah itu, saya dalam fasa bersedia untuk rujuk tapi mereka berdua tidak menghubungi saya sehingga habis idah. Jadi bila sudah habis (idah), mereka bukan lagi milik dan tanggungan saya.

“Saya harap semua dapat hormati keputusan saya. Ini bukan adegan atau drama daripada saya,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Datuk Red juga memberi bayangan yang dia tidak akan kembali rujuk bersama Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila Hashim, 38.

“Kalau nak kembali (kahwin) dengan dua-dua bekas isteri, saya rasa tidak boleh sebab saya tahu perkahwinan saya sebelum ini gagal. Saya tidak mahu ulang kesalahan sama dan nanti kemudian pergi lagi Mahkamah Syariah (untuk bercerai),” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi