suria

Luna Maya pun ‘follow’ trend, Agy tak sangka video pose persis model jadi ikutan ramai

TIKTOKER Agy tidak menyangka video dia berposing persis seorang model menjadi ikutan dan trending di aplikasi TikTok.

Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy, 29, bersyukur apabila video dihasilkan olehnya itu menjadi tular sehingga ke Indonesia.

Malah trend video itu juga telah membuka peluang kepada orang ramai untuk mencari rezeki.

"Macam tak percaya pula lepas interview dengan mStar sebelum ni, kemudian rezeki saya makin bertambah-tambah mungkin orang mula nampak usaha saya.

"Tak sangka juga sebab trend ni saya buat mula-mula memang untuk diri saya sebab sebelum ini banyak ikut trend orang saja tapi bila saya wujudkan trend saya ramai pula yang ikut.

"Bermula dengan netizen orang awam saja yang mana buat perniagaan kemudian artis antarabangsa pula ikut, dan tak sangka pula dengan content saya tu dapat buka peluang rezeki kepada orang lain untuk meniaga," kata Agy kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi