suria

Yamani Abdillah tak ‘hilang’, fokus pelajaran selepas menang Famili Duo... “Saya mahu habiskan belajar dulu”

SETELAH setahun memenangi program realiti Famili Duo musim kedua, penyanyi Yamani Abdillah dilihat seakan-akan menyepi dalam industri hiburan kerana kurang muncul di mana-mana acara hiburan.

Mengakui hal itu, Yamani atau nama sebenarnya Osama Yamani Jamal Ubaidillah, 23, berkata dia terpaksa menangguhkan beberapa aktiviti seni kerana mahu memberikan fokus kepada pengajian diploma di ASWARA.

“Ya selepas saya menang program itu rezeki alhamdulilah ada cumanya sekarang ini saya terpaksa tolak sedikit sebab tak dapat nak beri komitmen sepenuhnya.

“Saya masih belajar jadi jadual saya agak padat, kalau saya amik tawaran menyanyi pun pada hujung minggu saja, saya merupakan pelajar Aswara semester akhir, jadi pengajian saya akan tamat pada Julai tahun depan.

“Saya akui memang kurang sekarang ni muncul di mana-mana acara hiburan atas faktor sibuk dengan pengajian saya, tapi tak apa saya okay saja sebab yang penting dapat tamatkan diploma,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi