suria

[V] Alif Teega dan Aisyah Hijanah direman 4 hari, bantu siasatan SPRM dakwaan salah guna kuasa

PASANGAN pempengaruh media sosial Aisyah Hijanah dan Alif Teega direman selama empat hari bagi membantu siasatan atas dakwaan salah guna kuasa.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.

Reman pasangan berkenaan bermula hari ini (Khamis) dan berakhir pada 14 Julai 2024.

WhatsApp Image 2024-07-11 at 13.05.20

Aliff dan Aisyah tenang ketika keluar dari dewan mahkamah.

Sejurus sebutan reman selesai, Alif dan Aisyah kelihatan tenang keluar daripada dewan mahkamah masuk ke dalam kenderaan dipercayai menuju ke ibu pejabat SPRM.

Dalam pada itu, peguam pasangan berkenaan, Abdul Rahim Ali menjelaskan anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM iaitu salah guna kuasa.

Susulan itu kata Rahim, Alif dan Aisyah bukan disiasat berhubung dakwaan menyeleweng kutipan derma seperti dilaporkan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega tenang di mahkamah, mohon orang ramai doakan dia dan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Hijanah sangkal tuduhan seleweng duit derma orang awam, bakal heret pemfitnah ke mahkamah

"Reman mengikut Seksyen 23 Akta SPRM, salah guna kuasa. Kalau tanya saya, bukan fasal penyelewengan wang," katanya kepada pemberita.

Rahim menjelaskan perkara itu ketika ditemui sejurus selesai permohonan reman pasangan berkenaan di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.

Alif, dan Aisyah Hijanah Azhari, 26, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.20 pagi bersama pihak SPRM bagi proses mendapatkan permohonan reman.

Aliff dan Aisyah sentiasa diiringi pegawai ketika berada di mahkamah.

Aliff dan Aisyah dilihat bersedia untuk siasatan lanjut.

Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, sempat memberitahu dia dalam keadaan sihat dan memohon doa orang ramai agar urusan mereka dipermudahkan.

Pada Rabu, SPRM menahan Alif dan Aisyah dipercayai bagi membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng kutipan derma yang didakwa tidak disalurkan secara benar.

Pasangan itu sebelum ini tampil menafikan dakwaan berkenaan dan mahu mengheret pemfitnah ke mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain