suria

Pelakon didakwa pukul kekasih muncul beri keterangan, ditemani bapa ke balai polis

Kertas siasatan akan dikemukakan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya

PELAKON lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya pada 7 Julai lalu sudah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pelakon berusia 37 tahun itu hadir ditemani bapanya.

Menurut Shahrulnizam, pelakon itu bagaimanapun tidak ditahan namun dibebaskan sebaik sahaja keterangannya dirakamkan.

"Pelakon terbabit tidak ditahan dan hanya diambil keterangan," katanya ringkas.

Sementara itu, rakaman percakapan kakak mangsa juga sudah diambil bagi siasatan lanjut.

"Kertas siasatan akan dikemukakan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon lelaki didakwa pukul kekasih gagal dikesan, waran tangkap mungkin dikeluarkan

ARTIKEL BERKAITAN: Selisih faham 4 pagi, aktor popular didakwa tumbuk mata teman wanita

Shahrulnizam pada petang Rabu memaklumkan pelakon berkenaan gagal dikesan bagi tujuan siasatan selepas kiriman WhatsApp tidak berbalas.

Pada 8 Julai lalu, pelakon lelaki popular berusia 37 tahun didakwa memukul teman wanitanya dalam satu kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Ahad.

Shahrulnizam ketika itu berkata, mangsa memaklumkan dia dihubungi suspek yang meminta untuk datang berjumpa dengannya di Ara Damasara sekitar pukul 4 pagi sebelum dikasari aktor berkenaan.

Beliau juga memberitahu mangsa berusia 25 tahun sebelum itu keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek susulan berlaku salah faham di antara mereka.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain