KETIKA namanya kecoh diperkatakan berhubung isu penyelewengan kutipan derma, pempengaruh media sosial Alif Teega meminta orang ramai mendoakan dia dan isteri, Aisyah Hijanah yang dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk proses permohonan reman pada pagi Khamis. Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, yang kelihatan tenang turut memberitahu dia dalam keadaan sihat. “Alhamdulillah sihat, doakan yang baik-baik ya,” katanya kepada mStar. Aliff sempat beramah mesra dengan pengamal media ketika di bawa ke mahkamah. Alif berkongsi perkara itu ketika menyapa petugas media sewaktu keluar sebentar dari dewan mahkamah untuk ke tandas diiringi pihak penguatkuasa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Sebelum itu, Alif dan Aisyah Hijanah Azhari, 26, kelihatan di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.20 pagi bersama pihak SPRM bagi proses mendapatkan permohonan reman bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap mereka. Pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Alif dan Aisyah susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma. ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Hijanah sangkal tuduhan seleweng duit derma orang awam, bakal heret pemfitnah ke mahkamah ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Hijanah jawab tuduhan suami berpoligami sekadar gimik, ada sebab tak tayang muka madu di media sosial Mereka ditahan bagi membantu siasatan susulan dakwaan kutipan derma melebihi jutaan ringgit itu tidak disalurkan secara betul. Pasangan tersebut sebelum ini tular di media sosial gara-gara terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan wang derma, namun tampil menafikan dakwaan berkenaan. Sebelum ini, Aisyah menyangkal tuduhan seleweng wang derma orang awam dan meluahkan hasrat mahu mengheret pemfitnah ke mahkamah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!