suria

Selisih faham 4 pagi, aktor popular didakwa tumbuk mata teman wanita

Pihak polis menerima laporan daripada wanita yang didakwa dipukul oleh teman lelaki.

SEORANG pelakon lelaki popular berusia 37 tahun didakwa memukul teman wanitanya dalam satu kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail berkata, susulan kejadian itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park pada sebelah petang hari sama.

Shahrulnizam berkata, mangsa memaklumkan dia dihubungi suspek yang meminta untuk datang berjumpa dengannya di Ara Damasara sekitar pukul 4 pagi sebelum dikasari aktor berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berebut anak punya fasal, Bhad Bhabie dibelasah teman lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Video P. Diddy bertuala 'kerjakan' kekasih di hotel tersebar, bukti pernah lakukan keganasan

Suspek didakwa dimarahi sebelum ditumbuk pada bahagian mata sebelah kiri dan badan di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan yang dipandu aktor tersebut.

Dalam pada itu, Shahrulnizam memberitahu mangsa berusia 25 tahun sebelum itu keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek susulan berlaku salah faham di antara mereka.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain