suria

[V] “Ya itu saya” - Mamat Sepah buka mulut selepas bebas direman polis bersama isteri

TEKA-TEKI mengenai seorang pelawak ditahan reman oleh polis pada Isnin lalu akhirnya terjawab apabila Mamat Sepah sendiri mengakui dia merupakan individu yang dimaksudkan itu.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 39, berkata dia dan isteri iaitu Nordiana Ibrahim memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan menerima layanan baik sepanjang tempoh siasatan dilakukan.

“Ya memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular beberapa hari sebelum ini.

mamat 3

Mamat dan isteri memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa jalankan siasatan.

“Alhamdulilah keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan, malah saya berikan kerjasama penuh kepada pihak polis, tiada timbul sebarang isu atau masalah lain,” katanya kepada mStar.

Pada Isnin lalu, Mamat dan isteri ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

Bagaimanapun isterinya dibebaskan dua hari selepas ditahan manakala pelawak itu pula pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Mamat Sepah pengsan di pentas Mega Spontan 2023, tak sedap badan sebelum program bermula

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan gaduh, cuma salah faham”... Mamat Sepah harap Shuib dan Jep bersatu semula, jangan berpecah

Pasangan ini dibebaskan atas jaminan polis.

Mamat bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan mengaitkan dirinya dalam penyebaran maklumat itu.

“Untuk perkara itu saya rasa lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia berkaitan undang-undang kan,” ujarnya.

Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya

MAMAT SEPAH

PELAWAK

Sementara itu, peguam mewakili Mamat iaitu Muhammad Fadhli M. Sutris memberitahu kes berkenaan masih lagi dalam siasatan polis.

Justeru itu, Fadhli meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh menganggu proses siasatan pihak polis terhadap anak guamnya.

“Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya, dan perkara ini akan dinilai untuk tindakan selanjutnya.

mamat 2

Mamat bersama peguamnya, Fadhli (kiri).

“Proses siasatan ini masih dijalankan jadi saya nak menasihatkan kepada semua jangan memberikan komen atau buat spekulasi yang boleh menganggu sıasatan polis,“ ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan seorang pelawak ditahan bersama isterinya bagi membantu siasatan penyebaran maklumat di aplikasi telegram berkaitan gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Isteri Mamat merupakan seorang anggota polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain